27 June 2010

Khidmat Komuniti di Teluk Berakit Pulau Kapas

Kelab Pelancongan SMK Belara telah menganjurkan Program Lawatan Kenali Flora-fauna dan Khidmat Komuniti pada 24 Jun lalu bertempat di Pulau Kapas, Marang Terengganu. Program ini telah disertai oleh 30 orang ahli Kelab Pelancongan SMK Belara dan 4 orang guru pengiring. 

Menurut Guru Penasihat Kelab Pelancongan SMK Belara, Ahmad Yusri Jusoh, lawatan ini bertujuan membuka minda dan meluaskan pengetahuan pelajar dengan melawat tempat-tempat menarik khususnya yang terdapat di negeri Terengganu. Lawatan ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan semangat bekerjasama dalam kalangan ahli kelab. 

Beliau berkata, melalui lawatan ini para pelajar dapat didedahkan dengan maklumat yang tepat dan hubung kait ilmu yang dipelajari dengan alam sekitar, ekonomi, sosio budaya dan kerjaya. “Antara aktiviti yang boleh membantu pelajar ke arah meningkatkan ilmu ialah lawatan ke tempat pelancongan dan menjalankan khidmat komuniti di tempat yang dilawati tersebut”. 

Ahmad Yusri berkata, pengisian program yang telah disusun seperti aktiviti keyakinan di air dan merentas hutan telah berjaya menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. “Bagi memastikan tempat-tempat pelancongan yang dikunjungi sentiasa menggamit setiap pengunjung yang datang, kami mengambil kesempatan ini dengan menjalankan program khidmat komuniti iaitu bergotong royong membersihkan kawasan Teluk Berakit, Pulau Kapas,” katanya. “Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut dijayakan sewaktu menjalankan Program Lawatan Kenali Flora-fauna dan Khidmat Komuniti Kelab Pelancongan SMK Belara kali ini”, katanya lagi.


14 June 2010

Masuk Pertandingan Blog

Salam…hari ini aku bertungkus lumus menyiapkan “Blog Pelancongan Terengganu” sebagai persiapan untuk menyertai Pertandingan Mencipta Blog Pelancongan Terengganu anjuran Unit Komunikasi Negeri (Ukom) menjadi platform terbaik kepada rakyat tempatan membuat promosi tempat menarik negeri ini untuk diketengahkan kepada umum. Pertandingan blog pelancongan yang bermula 1 April hingga 30 Jun, terbahagi kepada tiga kategori, pelajar tingkatan enam ke bawah (tempat pertama RM5,000), Pelajar IPT (RM7,000) dan Kategori Terbuka (RM10,000). 

Alamat Blog Pelancongan Terengganu :
http://terengganumenarik.blogspot.com

13 June 2010

Konvensyen Kebangsaan Persatuan Kaunseling Malaysia 2010

Salam, hari ini aku mengikuti secara rapat konvensyen yang sedang berlangsung... bermula hari ini 13 Jun hingga 15 Jun 2010... Malam ini aku turut sama menghadiri makan malam di kediaman Menteri Besar Terengganu.

11 June 2010

Jadual perlawanan Piala Dunia Afrika Selatan 2010

Salam...malam ni ngadap tv melihat persembahan pembukaan kejohanan Piala Dunia.. Di sini aku posting jadual kejohanan.

09 June 2010

Citra (Facelift) GS Limited Edition 2010

Salam, cuti sekolah kali ini aku sempat meneliti beberapa jenama MPV yang selalu ada kat atas jalan raya di Malaysia ni... Naza Citra ini antara MPV murah dengan saiz enjin 2.0 liter (cc) yang mampu aku order (model lain mahal!!)...Telah banyak aku bace forum-forum yang membicarakan tentang model MPV yang ade...dan aku mengambil keputusan untuk memilih model ini. The new colour PEARL WHITE is sooo chun...

NEW NAZA CITRA (FACELIFT) GS (A) ACCESSORIES PACKAGE:

1. AM/FM/CD/MP3 with USB Audio System
2. Power Windows
3. Air Conditioner
4. Door Mirror With LED Side Repeater
5. Central Door Locking
6. Powered Sun Roof
7. Dual Airbags
8. Electric Powered Side Mirrors
9. Anti Lock Brake System (ABS)
10. Electronic Brake Force Distribution (EBD)
11. 60:40 Rear Split Folding Seat (2nd row)
12. Leather Seat
13. 16" Alloy Rims
14. Roof Rack
15. Rear Spoiler
16. Remote Keyless Entry System
17. Third Brake Light
18. Front Fog Light
19. Sunglasses Holder
20. Reverse Sensor
21. Carpet Mats
22. Scuff Plate
23. Front and Rear Skirting
24. 9” Inch Roof Monitor
25. Safety Tinted Film SF72
26. GS Emblem



01 June 2010

300 edisi terhad RONDO


Naza Kia Sdn Bhd, pengedar kenderaan Kia Motor di Malaysia, menyasarkan menjual 300 unit edisi terhad Citra II Rondo berprestasi tinggi.

Syarikat itu berkata Rondo memperkenalkan 13 ciri estetik dan penambahan praktikal yang baharu bagi menambah gaya dengan sentuhan premium yang terdapat pada kenderaan utiliti "crossover" (gabungan kereta SUV dan kereta biasa) (CUV) yang popular.

Kedua-dua Rondo EX dan EXS itu memiliki aksesori baharu, namun harga bagi kedua-dua kenderaan itu dikekalkan, masing-masing pada RM86,088 and RM90,088.

Bagaimanapun, Naza Kia hanya menawarkan 300 unit Rondo, sekaligus meningkatkan kedudukan nilai saranan CUV bagi tempoh terhad.

Tiga belas spesifikasi baharu itu termasuk tambahan dalaman dan luaran pada Rondo seperti skirting' depan baharu, skirting' bahagian sisi dan visor pelindung pintu.

Rondo itu juga dipasang dengan 'spoiler' belakang, ukiran lengkung roda, 'skirting' belakang, bumpar belakang dan paip ekor krom yang memperlihatkan ciri yang lebih sporty pada estetik keseluruhan Rondo.

Penambahan aksesori baharu itu bertujuan meningkatkan mutu premium Ronda, termasuk skrin video 61 sentimeter dan peralatan DVD, tempat duduk kulit dan pemasangan cermin gelap penapis cahaya.

Para pelanggan yang membeli Rondo akan mendapat peralatan keselematan berguna seperti kit kecemasan di jalan, kit bantuan kecemasan, pemadam api dan pam tayar, dengan percuma. Kedua-dua Rondo EX dan EXS dilengkapi enjin CVVT DOHC 2.0L dan mempunyai platform yang sama seperti Kia Optima. Enjin empat silinder Rondo mengeluarkan tork 147 PS dan 189 Nm dan dipasangkan kepada sistem gear automatik empat kelajuan dengan mode sport. Dengan kapasiti lima hingga tujuh tempat duduk, Rondo mempunyai perempuh depan dan memperoleh penarafan lima bintang daripada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Negara Amerika Syarikat. Ciri-ciri standard pada Rondo EC termasuklah pemegang pintu warna badan kereta dan sisi berlengkok serta gril depan berwarna hitam dengan roda aloi 97 sentimeter manakala Rondo EXS yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi, diilengkapi rak bumbung dan roda aloi 103 sentimeter. Sejak pelancarannya pada September 2008 sehingga 31 Dis, 2009, Naza Kia telah menjual 1,929 unit Rondo dan 264 unit dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.