Bajet 2012 dah dibentangkan oleh PM petang tadi. ‘Memperkerjapkan Perkhidmatan Awam’ itu slogan yang disebut oleh PM sebelum membaca intipati yang berkaitan dengan aku sebagai seorang Penjawat Awam, antaranya ialah;
* Memperkenal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mengantikan SSM.
* Skim gaji satu lapis yang melihatkan pertambahan tangga gaji dan menjadikan peningkatan jumlah gaji maksimum sehingga 39%.
* Penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji di antara 7-13%.
* Kenaikan gaji tahunan di antara RM80 – RM320 mengikut gred.
* melanjutkan umur persaraan penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun.
* Kenaikan pangkat guru secara time-based dipendek ke 8 tahun sahaja.
* Bonus setengah bulan gaji @ minimun RM500.
Aku juga mengharapkan agar selepas ini pihak kerajaan dapat meneliti kelayakan akademik guru-guru terutama yang mempunyai Master dan PHD dalam menentukan kenaikan pangkat mereka.