16 Mei 2017 - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung
dengan jayanya. Pihak pentadbir SMK Dato' Razali Ismail mengucapkan
Selamat Hari Guru kepada warga Dzalis. Terima kasih kepada Tuan Haji
Zamri Awang Hitam, Penyelaras Dun Batu Buruk, YDP PIBG, Tuan Haji
Ibrahim bin Muda, Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD dan JPNT iaitu
Puan Azean Sukiran dan Puan Wan Salmina. Sambutan Hari Guru kali ini diisi dengan ucapan perutusan, sukaneka,
persembahan pelajar dan acara pembahagian hadiah untuk sukaneka dan
permainan antara guru-guru dan warga Dzalis sempena Sambutan Hari Guru
Tahun 2017.Antara sukaneka yang telah dijalankan ialah bola beracun, bowling
padang, teka gaya dan lukis teka. Terima kasih kepada badan pengawas dan
guru-guru Dzais kerana menjayakan sambutan kali ini. Semoga Sambutan
Hari Guru tahun hadapan lebih memberi makna kepada semua.