28 July 2010

Keratan Ahkbar

22 July 2010

Terkenang zaman dulu-dulu

Salam...tengah ngemas album-album lame...terpandang gambar lame...otai kata orang...mase tengah posing dengan anak yang sulung.

17 July 2010

Sambung Pengajian

Alhamdulillah, pada 8 Julai 2010, aku telah menerima tawaran dari UUM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Aku mengharapkan agar impian yang diidamkan selama ini akan menjadi realiti.

13 July 2010

Kursus Asas Pengurusan Maklumat

Salam...tepat jam 1.00 petang, aku sampai di Sanctuary Resort, Kuantan, Pahang untuk menghadiri kursus berkaitan guru data.

05 July 2010

Masuk Pertandingan Ping Pong

Salam...minat aku terhadap sukan pingpong tidak pernah pudar. Pertandingan Pingpong Individu Novice Tertutup Daerah Kuala Terengganu akan berlangsung pada 09.07.2010 jam 8.30 pagi di Terengganu Equestrian Resort (T.E.R) Kuala Ibai. Aku mengambil kesempatan ini untuk memperagakan bakat yang ada...

27 June 2010

Khidmat Komuniti di Teluk Berakit Pulau Kapas

Kelab Pelancongan SMK Belara telah menganjurkan Program Lawatan Kenali Flora-fauna dan Khidmat Komuniti pada 24 Jun lalu bertempat di Pulau Kapas, Marang Terengganu. Program ini telah disertai oleh 30 orang ahli Kelab Pelancongan SMK Belara dan 4 orang guru pengiring. 

Menurut Guru Penasihat Kelab Pelancongan SMK Belara, Ahmad Yusri Jusoh, lawatan ini bertujuan membuka minda dan meluaskan pengetahuan pelajar dengan melawat tempat-tempat menarik khususnya yang terdapat di negeri Terengganu. Lawatan ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan semangat bekerjasama dalam kalangan ahli kelab. 

Beliau berkata, melalui lawatan ini para pelajar dapat didedahkan dengan maklumat yang tepat dan hubung kait ilmu yang dipelajari dengan alam sekitar, ekonomi, sosio budaya dan kerjaya. “Antara aktiviti yang boleh membantu pelajar ke arah meningkatkan ilmu ialah lawatan ke tempat pelancongan dan menjalankan khidmat komuniti di tempat yang dilawati tersebut”. 

Ahmad Yusri berkata, pengisian program yang telah disusun seperti aktiviti keyakinan di air dan merentas hutan telah berjaya menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. “Bagi memastikan tempat-tempat pelancongan yang dikunjungi sentiasa menggamit setiap pengunjung yang datang, kami mengambil kesempatan ini dengan menjalankan program khidmat komuniti iaitu bergotong royong membersihkan kawasan Teluk Berakit, Pulau Kapas,” katanya. “Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut dijayakan sewaktu menjalankan Program Lawatan Kenali Flora-fauna dan Khidmat Komuniti Kelab Pelancongan SMK Belara kali ini”, katanya lagi.


14 June 2010

Masuk Pertandingan Blog

Salam…hari ini aku bertungkus lumus menyiapkan “Blog Pelancongan Terengganu” sebagai persiapan untuk menyertai Pertandingan Mencipta Blog Pelancongan Terengganu anjuran Unit Komunikasi Negeri (Ukom) menjadi platform terbaik kepada rakyat tempatan membuat promosi tempat menarik negeri ini untuk diketengahkan kepada umum. Pertandingan blog pelancongan yang bermula 1 April hingga 30 Jun, terbahagi kepada tiga kategori, pelajar tingkatan enam ke bawah (tempat pertama RM5,000), Pelajar IPT (RM7,000) dan Kategori Terbuka (RM10,000). 

Alamat Blog Pelancongan Terengganu :
http://terengganumenarik.blogspot.com