20 October 2013

Paku Laut


Cycas rumphii merupakan tumbuhan paku pakis yang berasal dari Asia Tenggara. Ia dikenali dengan nama Malayan Fern Palm, Queen Sago, dan Paku Laut. Cycas rumphii biasanya ditemui hidup meliar di kawasan berhampiran pantai. Walaupun ia daripada keluarga paku pakis tetapi ketinggian pokok mencapai sehingga 10 meter. Batang pokok cycas rumphii biasanya tunggal namun ada juga pokok yang mempunyai beberapa cabang. Pokok yang ditanam sebagai hiasan ini sebenarnya dapat menghasilkan sagu yang boleh dimakan daripada batangnya. Di sesetengah tempat, pucuk muda pokok ini dijadikan makanan.

Pokok Doa (Bucida)

Pokok DOA merupakan pokok teduhan yang cantik dan boleh dibuat bertingkat-tingkat dengan mengunakan pangkasan. Pokok ini popular banyak di tanam di pinggir jalan, rumah dan halaman. Harganya agak tinggi. Pokok DOA ini merupakan tumbuhan naungan yang cantik. Pokok ini mudah di jaga, tahan panas dan tidak memerlukan jagaan yang rapi. Pokok Doa mempunyai spesies seperti: Bucida molineti Bucida Angustifolia, Bucida Buceras, Bucida Comintana, Bucida corelliana, Bucida Niitida.

03 October 2013

06 May 2013

PRU-13 Pakatan Rakyat Terengganu Menang 15 Kerusi Dun dan 4 Parlimen

PAS Terengganu memenangi 14 kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan berjaya menambah dua lagi kerusi Parlimen kepada 4 kerusi, manakala kerusi Dun Bandar Kuala Terengganu dimenangi calon PKR, Azan Ismail. Kerusi-kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah seperti berikut; 1. N09 – Tepuh; Ustaz Hishamuddin Bin Abdul Karim 2. N10 - Teluk Pasu; Ustaz Ridzuan Bin Hashim 3. N12 - Bukit Tunggal; Dr Alias Bin Arazak 4. N13 - Wakaf Mempelam; Haji Mohd Abdul Wahid Bin Haji Endut 5. N14 – Bandar; Azan Ismail (PKR) 6. N15 – Ladang ; Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar 7. N16 - Batu Buruk; Dr Syed Azman Bin Syed Ahmad Nawawi 8. N17 - Alur Limbat; Ustaz Ariffin Bin Deraman 9. N18 - Bukit Payung; Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah 10. N19 - Ru Rendang ; Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang 11. N22 – Manir; Ustaz Hilmi Bin Harun 12. N27 – Sura; Wan Hapandi Bin Wan Nik 13. N28 – Paka; Ustaz Satiful Bahri Bin Mamat 14. N29 – Rantau Abang ; Cikgu Alias Harun 15. N31 – Cukai; Haji Hanafiah Bin Mat Manakala kerusi Parlimen yang dimenangi PAS adalah; 1. P.35 – Kuala Nerus ; Ustaz Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali At-Takiri 2. P.36 – Kuala Terengganu; Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad 3.P.37 – Marang ; Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang 4. P.39 Dungun; Ustaz Wan Hassan Bin Mohd Ramli

17 October 2012

Perhimpunan Khas Guru NUTP

Perhimpunan Khas Guru NUTP Bersama Y.A.B Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia akan diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 3 November 2012. Sumber dari blog http://www.nutp.org/new/ms/

24 August 2012

Apresiasi Sempena Konvokesyen Ke-25 UUM

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, kertas projek sarjana ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani bin Shaari selaku penyelia yang telah banyak mencurahkan ilmu dan memberikan tunjuk ajar dengan sabar sepanjang projek ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ayah dan bonda yang dikasihi, Jusoh @ Mohammed bin Ismail dan Maziah binti Salleh yang begitu memahami dan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak tanpa jemu. Tidak lupa juga kepada isteri tersayang Wan Faridah binti Wan Mamat yang sentiasa menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang mencapai kejayaan yang sangat bermakna ini. Dedikasi istimewa buat putera puteri yang dikasihi yang sering menjadi pendorong semangat untuk memajukan diri. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, pengetua, guru-guru penolong kanan dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Belara Kuala Terengganu yang telah memberikan sepenuh kerjasama dan bantuan yang diperlukan sepanjang kajian ini dijalankan.

19 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI 1433/2012 kepada semua muslimin dan muslimat yang mengenali diri ini.