05 December 2017

JADUAL PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

20 May 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2017

16 Mei 2017 - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Pihak pentadbir SMK Dato' Razali Ismail mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga Dzalis. Terima kasih kepada Tuan Haji Zamri Awang Hitam, Penyelaras Dun Batu Buruk, YDP PIBG, Tuan Haji Ibrahim bin Muda, Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD dan JPNT iaitu Puan Azean Sukiran dan Puan Wan Salmina. Sambutan Hari Guru kali ini diisi dengan ucapan perutusan, sukaneka, persembahan pelajar dan acara pembahagian hadiah untuk sukaneka dan permainan antara guru-guru dan warga Dzalis sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2017.Antara sukaneka yang telah dijalankan ialah bola beracun, bowling padang, teka gaya dan lukis teka. Terima kasih kepada badan pengawas dan guru-guru Dzais kerana menjayakan sambutan kali ini. Semoga Sambutan Hari Guru tahun hadapan lebih memberi makna kepada semua.















06 October 2016

Taklimat Sync School Messaging

Trend menggunakan aplikasi grup mesej sekolah semakin mendapat sambutan ramai. Dengan ada medium komunikasi dua hala, ia boleh merapatkan perhubungan antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar. Kini kebanyakan sekolah di negara ini aktif menggunakan Sync School Messaging untuk menyampaikan mesej secara berkesan. Ketua Pegawai Eksekutif, Sync Lab Sdn Bhd, Zharif Sharif berkata, Sync School Messaging ialah aplikasi telefon pintar (mobile application) yang dibangunkan khas untuk pihak sekolah/PIBG berhubung dengan ibu bapa, pelajar dan guru dalam menyampaikan maklumat terkini dengan mudah dan berkesan melalui telefon bimbit.

"Kegunaan aplikasi ini dapat membantu pihak sekolah/PIBG dalam menyalurkan maklumat penting seperti pengumuman, peringatan, jadual peperiksaan, jemputan dan gambar terus ke telefon bimbit di mana jumlah mesej dan ahli tiada had. "Pelajar, guru, ibu dan bapa disarankan untuk muat turun aplikasi ini bagi membantu mereka mendapatkan maklumat terkini berkaitan sekolah terus ke telefon bimbit melalui ‘Push-Notification’. "Pengguna boleh maklum balas kehadiran fokus dalam enam aktiviti wajib yang dijalanka pihak sekolah seperti Mesyuarat Agung PIBG, Hari Bertemu Penjaga dan Hari Sukan Sekolah. "Maklumat tersebut sangat berguna kerana membantu pihak sekolah dari segi persiapan bajet berdasarkan anggaran kehadiran yang diterima. "Sync dilihat mampu menyelesaikan masalah surat pekeliling yang kerap kali tidak sampai ke tangan ibu bapa. Sekali gus dapat mengelakkan keciciran maklumat penting daripada pihak sekolah," katanya. Berdasarkan kaji selidik dan maklum balas pelbagai pihak, kata beliau, terdapat permintaan pasaran untuk pihaknya bangunkan sebuah aplikasi yang dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di sekolah fokus dalam penyampaian maklumat kepada pihak ibu bapa, penjaga, guru dan pelajar dengan mudah dan berkesan.

Dengan Sync, ibu bapa sentiasa dapat mengikuti perkembangan semasa dan maklumat terkini berkaitan anak di sekolah yang dihantar terus ke telefon bimbit. Ini termasuk pengumuman penting, jadual dan keputusan peperiksaan, pencapaian sekolah dalam akademik dan kokurikulum. "Guru, pelajar, penjaga, dan ibu bapa disarankan untuk muat turun aplikasi Sync School Messaging di Play Store atau Apple Store secara percuma! Kini 10,173 sekolah di Malaysia ada di Aplikasi Sync, yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan. "Dengan adanya sokongan ibu bapa, penjaga, guru dan pelajar yang muat turun aplikasi Sync School Messaging di telefon bimbit mereka, ini membantu mempercepatkan proses pelaksanaan Aplikasi Sync di sekolah, tanpa sebarang kos. Untuk maklumat lanjut, boleh layari edu.sync.my. "Antara impak ketara adalah peningkatan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dijalankan pihak sekolah dan PIBG. Ia berjaya menambah dana PIBG melalui Sync, yang mana sumbangan ibu bapa dan penjaga yang prihatin terhadap isu semasa berlaku di sekolah seperti baik pulih infrastruktur bangunan sekolah dan aktiviti pelajar," katanya. Tambah beliau, Sync boleh dianggap sebagai pelaksana elemen kedua Komunikasi Berkesan di bawah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, juga dikenal sebagai Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.  

Langkah demi langkah guna aplikasi Sync School Messaging 1. Pentadbir Sekolah (Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, dan Kokurikulum) 
a. Untuk mendaftar akaun sebagai pentadbir Sync@Sekolah, sila layari www.sync.my dan tekan butang Claim Admin Account.
b. Sila isi butir yang dikehendaki dan kami akan membuat pengesahan akaun melalui panggilan telefon ke pejabat sekolah.
 c. Selepas itu, SMS akan dihantar bagi mengesahkan akaun tersebut telah didaftarkan sebagai akaun pentadbir Sync@Sekolah.
d. Sila tekan link yang diterima melalui SMS atau pergi ke Google Play Store (Pengguna Android) atau Apple Store (Pengguna iPhone) dengan kata carian Sync School Messaging dan muat turun aplikasi tersebut.
e. Selepas muat turun Aplikasi Sync, sila masukkan nombor telefon yang didaftarkan sebagai pentadbir dan kod SMS yang diterima.
f. Sebaik sahaja selesai, pihak pentadbir boleh pergi ke Profile Page untuk kongsi link Aplikasi Sync melalui kumpulan WhatsApp/Telegram kepada guru, pelajar dan penjaga di mana jumlah ahli tiada had.
g. Selain itu, pihak Sync juga akan menyediakan sampul surat berserta brosur ke sekolah mengikut jumlah pelajar untuk diedarkan kepada ibu bapa. Sebelum itu pihak sekolah perlu menyediakan surat pekeliling untuk dimasukkan sekali ke dalam sampulsurat sebelum diedarkan kepada ibu bapa.
h. Sekolah boleh mula menghantar mesej dan jemputan kepada kumpulan sasaran; ibu bapa, pelajar dan/atau guru. 
a. Aplikasi Sync boleh dimuat turun di Google Play Store (Pengguna Android) atau Apple Store (Pengguna iPhone) dengan kata carian Sync School Messaging. 
b. Selepas muat turun Aplikasi Sync, sila masukkan nombor telefon anda di ikuti dengan kod SMS yang diterima (sekiranya tidak dapat kod SMS, sila hubungi Sync Support di 016 520 4321 (WhatsApp).
c. Sila pilih nama sekolah anda berdasarkan kata kunci sebagai contoh; SK Seksyen 9, SMK Jalan Tiga, SJKC Malim, SJKT Vivekanada, Jika tidak jumpa nama sekolah anda, sila hubungi Sync Support di 016 520 4321 (WhatsApp). 
d. Selepas selesai pendaftaran, untuk ibu bapa/guru yang mempunyai anak di sekolah lain boleh pergi ke Profile Page dan tekan butang Update Schools > Follow More School. Setiap mesej atau jemputan yang dihantar pihak sekolah, anda akan menerima Pop-up Notification di telefon bimbit.

29 January 2014

21 October 2013

Durian Belanda

Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah. Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya

Buluh Madu

Penduduk di Malaysia mahupun di Asia biasanya memanfaatkan rebung untuk makanan. Rebung buluh madu adalah sayuran yang boleh dimakan secara mentah/segar ataupun dimasak. Ia kaya dengan nutrien untuk keperluan badan dan komposisis kandungan nutrien bergantung kepada jenisnya. Rebung memiliki kandungan, karbohidrat, protein dan 12 asam amino esensial yang sangat diperlukan oleh tubuh. Dengan memakan rebung secara teratur merupakan satu tindakan preventif untuk mengusir berbagai jenis penyakit termasuk barah.