16 December 2011

Jadual Gaji Sebaris SBPA Bagi Guru Siswazah

Salam...boring-boring baca blog Cuepacs lalu aku post satu posting pasal JGS...nie.

JADUAL GAJI SEBARIS GURU SISWAZAH


JADUAL PINDAH GAJI DG41(DG1-1)


JADUAL PINDAH GAJI DG44(DG1-2)




12 December 2011

Meninjau Suasana di UUM

Salam, untuk semua pengunjung yang sudi bertandang ke blog ini. Untuk kali ini aku akan update nostalgia sepanjang berada di kampus UUM pada pada 11 hingga 12 Disember 2011. Menginap di EDC-UUM (Executive Development Centre) sangat selesa untuk aku dan seisi keluarga.

08 December 2011

JADUAL GAJI GURU DALAM SKIM SBPA

Salam... rumusan skim baru yang mungkin menjadi pilihan ramai khasnya warga guru seluruh negara...


Gred DG 1-1(SSM - DG41) RM 1925....maksimum RM 6220 kgt 230
Gred DG 1-2 (SSM - DG44) RM 2985....maksimum RM 7235 kgt 250
Gred DG 1-4 (SSM - DG48) RM 4390....maksimum RM 8710 kgt 270
Gred DG 1-5 (SSM - DG52) RM 5260....maksimum RM 9610 kgt 290
Gred DG 1-6 (SSM - DG54) RM 7025....maksimum RM 11,505 kgt 320

KENAIKAN TAHUNAN UNTUK:
DG 41 ...RM 230
DG 44...RM 250
DG 48...RM 270
DG 52...RM 290
DG 54...RM 320

SEMUA KENAIKAN PANGKAT TIDAK LAGI BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN JAWATAN TETAPI BERGANTUNG KEPADA TAHAP PRESTASI DAN SYARAT KELAYAKAN. SESEORANG GURU BOLEH MENCAPAPAI KE TAHAP DG 54 ( 1-6 ) SETELAH 25 TAHUN BERKHIDMAT

KENAIKAN PANGKAT DARIPADA:

DG 1-1(41) KE DG 1-2(44) 8 TAHUN,
DG 1-2 (44) KE DG 1-4(48) 8 TAHUN,
DG 1-4 (48) KE DG 1-5(52) 6 TAHUN DAN
DG1-5 (52) KE DG 1-6 (54) 3 TAHUN SAHAJA

SYARAT SAH DLM PERKHIDMATAN HANYA 6 BULAN DAN 5 HARI MENDUDUKI KURSUS INDUKSI
GAJI KAKITANGAN AWAM AKAN DISEMAK SETIAP 3 TAHUN SEKALI, BERMAKNA 2015 ADA LAGI SEMAKAN, DEMIKIAN JUGA PADA 2018. PADA 2013 DAN 2016 KADAR ELAUN AKAN DISEMAK SEMULA, DAN PADA 2014 DAN 2017 PELARASAN GAJI AKAN DILAKUKAN BERGANTUNG KEPADA KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN SUPAYA MENJELANG 2020 PENDAPATAN PERKAPITAN KAKITANGAN AWAM PADA 2020 ADALAH USD15,000.

Pekeliling SBPA sila klik : http://www.jpa.gov.my/guru/index.html


16 November 2011

Kursus Pemantapan Data Sekolah Menengah Negeri Terengganu 2011

Salam, dah lame aku tak hadir kursus jauh -jauh nie. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu JPN Terengganu yang mengadakan satu kursus untuk memantapkan pengurusan data maklumat dalam kalangan Guru Data sekolah (14 hingga 16 November 2011, di Hotel Grand Continental Kuantan).

Taklimat Penjawatan daripada En. Ibrahim bin Ismail (KU Penyeliaan Sekolah Menengah)


Cg. Shukri dan Cg. Zakaria (yang berkaca mata) antara Guru Data dari Sekolah Menengah Daerah Kuala Terengganu




11 November 2011

Blog UBK SMK Belara Tempat Kedua di Karnival Merakayasa UBK JPNT

Salam...semalam bertempat di BTP Marang, team bloggers UBK SMK Belara telah memberi memeriahkan karnival Merekayasa UBK Peringkat JPNT 2011. Syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran yang sangat KREATIF ini.





08 October 2011

Intipati Bajet 2012

Bajet 2012 dah dibentangkan oleh PM petang tadi. ‘Memperkerjapkan Perkhidmatan Awam’ itu slogan yang disebut oleh PM sebelum membaca intipati yang berkaitan dengan aku sebagai seorang Penjawat Awam, antaranya ialah;

* Memperkenal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mengantikan SSM.

* Skim gaji satu lapis yang melihatkan pertambahan tangga gaji dan menjadikan peningkatan jumlah gaji maksimum sehingga 39%.

* Penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji di antara 7-13%.

* Kenaikan gaji tahunan di antara RM80 – RM320 mengikut gred.

* melanjutkan umur persaraan penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun.

* Kenaikan pangkat guru secara time-based dipendek ke 8 tahun sahaja.

* Bonus setengah bulan gaji @ minimun RM500.

Aku juga mengharapkan agar selepas ini pihak kerajaan dapat meneliti kelayakan akademik guru-guru terutama yang mempunyai Master dan PHD dalam menentukan kenaikan pangkat mereka.

24 June 2011

Menjayakan Hari Kokurikulum 2011

Salam buat semua. Sudah lama aku tak update blog dan kali ini aku ingin berkongsi maklumat tentang program yang berkait rapat dengan kerjaya aku sebagai pendidik di SMK Belara. Bermula hari ini SMK Belara telah menganjurkan Hari Kokurikulum 2011 dan aku turut sama menjayakan 'booth' untuk Kelab Fotografi (guru penasihatlah kata kan..). Di sini aku paparkan gambar-gambar sekitar hari pertama program.

03 March 2011

Kelas Master UUM Semester 3

Salam…agak lama aku tak update blog DSPM ini. Esok bermula kelas Master UUM (Master of Education specialization in Instructional Technology) untuk Semester 3. Alhamdulillah...aku berjaya meneruskan pengajian..Ucapan terima kasih ditujukan kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi dorongan sepanjang pengajian ini.

SEMESTER 1:
1. SGDC 5013 Curriculum and Pedagogy
2. SGDT 5013 Information Technology in Education

SEMESTER 2:
3. SGDP 6013 Research Method In Education
4. SGDT 5023 Fundamental Of Instructional Technology

SEMESTER 3:
5. SGDT 5033 Instructional Design
6. SGDY 5063 Educational and Psychological Measurement and Evaluation