17 October 2012

Perhimpunan Khas Guru NUTP

Perhimpunan Khas Guru NUTP Bersama Y.A.B Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia akan diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 3 November 2012. Sumber dari blog http://www.nutp.org/new/ms/

24 August 2012

Apresiasi Sempena Konvokesyen Ke-25 UUM

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, kertas projek sarjana ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani bin Shaari selaku penyelia yang telah banyak mencurahkan ilmu dan memberikan tunjuk ajar dengan sabar sepanjang projek ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ayah dan bonda yang dikasihi, Jusoh @ Mohammed bin Ismail dan Maziah binti Salleh yang begitu memahami dan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak tanpa jemu. Tidak lupa juga kepada isteri tersayang Wan Faridah binti Wan Mamat yang sentiasa menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang mencapai kejayaan yang sangat bermakna ini. Dedikasi istimewa buat putera puteri yang dikasihi yang sering menjadi pendorong semangat untuk memajukan diri. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, pengetua, guru-guru penolong kanan dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Belara Kuala Terengganu yang telah memberikan sepenuh kerjasama dan bantuan yang diperlukan sepanjang kajian ini dijalankan.

19 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI 1433/2012 kepada semua muslimin dan muslimat yang mengenali diri ini.

16 May 2012

24 April 2012

Gaji Baru: Jadual Pindah Gaji Minimum Maksimum 13% DG41

P/s: Penentuan gaji seterusnya untuk semua guru adalah bermula dengan gaji yang telah diselaraskan sebanyak 13% dan berdasarkan Kenaikan Gaji Tahunan yang telah ditetapkan dalam Gred masing-masing (seperti jadual gaji Lampiran A12 di bawah).