24 August 2012

Apresiasi Sempena Konvokesyen Ke-25 UUM

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, kertas projek sarjana ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani bin Shaari selaku penyelia yang telah banyak mencurahkan ilmu dan memberikan tunjuk ajar dengan sabar sepanjang projek ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ayah dan bonda yang dikasihi, Jusoh @ Mohammed bin Ismail dan Maziah binti Salleh yang begitu memahami dan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak tanpa jemu. Tidak lupa juga kepada isteri tersayang Wan Faridah binti Wan Mamat yang sentiasa menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang mencapai kejayaan yang sangat bermakna ini. Dedikasi istimewa buat putera puteri yang dikasihi yang sering menjadi pendorong semangat untuk memajukan diri. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, pengetua, guru-guru penolong kanan dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Belara Kuala Terengganu yang telah memberikan sepenuh kerjasama dan bantuan yang diperlukan sepanjang kajian ini dijalankan.

0 ulasan:

Post a Comment